Wednesday, February 11, 2009

It that a news? Denial or Truth?


Angin Perubahan Rakyat Perak Beri Kelebihan Kepada BN Di Bukit Gantang
Posted on Tuesday, February 10 @ 09:30:07 MYT

Oleh Kefli Zaini

Kota Belud -- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein percaya angin perubahan berikutan penolakan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di Perak memberi peluang kepada BN untuk merampas kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Jelasnya jika pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, BN mempunyai peluang cerah berdasarkan keadaan politik semasa membabitkan Pakatan Rakyat di negeri itu.

"Politik di Perak mula menampakkan angin perubahan berikutan penolakan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang gagal membela nasib mereka.

"Berdasarkan kematangan penduduk Perak berpolitik dengan menolak kerajaan Pakatan Rakyat, kita yakin BN mempunyai peluang cerah mendapatkan semula kerusi Parlimen Bukit Gantang", katanya.

Beliau berkata demikian semasa perjumpaan dengan UMNO bahagian Kota Belud di sini, Isnin.

Pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, Roslan memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon BN yang juga Bendahari UMNO, Datuk Abdul Azim Zabidi dan calon Bebas, Mohganan P Manikam dengan majoriti 1,566 undi.

Allahyarham meraih 20,015 undi berbanding Azim (18,449) manakala Mohganan hilang wang pertaruhan apabila cuma mendapat 872 undi.

Roslan meninggal dunia di Changkat Lallang, Batu Gajah, tengah hari tadi, dipercayai akibat serangan jantung.

Hishammuddin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata sungguhpun situasi di Perak tidak memihak kepada Pakatan Rakyat namun BN dan UMNO tidak boleh memandang mudah tugas itu kerana ia memerlukan kerja keras semua pihak terutama komponen BN.

Perubahan corak pemikiran rakyat Perak ketika ini tegas beliau memberi gambaran awal terhadap keupayaan BN merampas kerusi berkenaan.

"Justeru Pemuda UMNO dan BN akan menggerakkan seluruh jentera bagi membantu kempen ke arah memastikan BN berjaya menawan kerusi berkenaan", ujarnya.
------------------------------------------------------------------------------------------

I got above news from www.pemudaumno.org.my. So u think it is true or false?
As a Perakian, lets the result speak for itself. 60 days to go only mar...b4 by-election

No comments: